Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkawinan menjadi tuntutan. Hati
mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus
dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu
diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja
dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkawinan yang
bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia coba lari
daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga
menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeda! Dia
kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi
hadir untuk coba mengobati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis
cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan
mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada
cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan
ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman
akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang
itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa
cinta sudah ada…?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar